Tentera Perancis ditikam di kawasan awam
Astro Awani
Mei 25, 2013 06:43 MYT
Mei 25, 2013 06:43 MYT
Polis Perancis sedang menyiasat sama ada insiden seorang tenteranya ditikam di leher di tengah kawasan perniagaan ada kaitan dengan pembunuhan seorang tentera British pada Rabu.
Anggota berusia 23 tahun itu ditikam kawasan tumpuan La Defense di Paris dan keadannya kini dikatakan stabil dan dirawat di hospital tentera di Clamart.
Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, identiti penyerang yang berjaya melarikan diri belum diketahui.
Sehubungan itu katanya, kerajaan enggan membuat sebarang kesimpulan kerana ia melibatkan serangan ke atas tentera berpakaian preman.
Pada Rabu, seorang tentera British, Lee Rigby maut ditikam seorang lelaki ketika sedang melakukan rondaan di Woolwich, utara London.
Sementara itu, lokasi kejadian kini dikawal ketat polis Perancis.
Pihak berkuasa Perancis juga meningkatkan tahap keselamatan negara mereka sejak terlibat dalam misi ketenteraan di mali pada Januari.
Tahun lepas tiga anggota unit payung terjun tentera Perancis dibunuh dipercayai dilakukan pelampau Islam warganya sendiri.