Tentera Perancis bunuh 33 militan Islam

Astro Awani
Disember 21, 2019 07:15 MYT
Emmanuel Macron semasa berucap di Koumassi, Abidjan, Ivory Coast, 21 Dis, 2019. REUTERS
TENTERA Perancis mendakwa pihaknya telah berjaya membunuh seramai 33 militan Islam dalam operasi di Mali pada Sabtu.
Operasi darat dan udara itu dilancarkan berdekatan sempadan dengan Mauritania.
Kawasan berkenaan dipercayai dikawal kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.
Ketua Turus Tentera Perancis bagaimanapun enggan mengesahkan sasaran sebenar operasi itu.
Namun, ia dipercayai bagi memburu pemimpin kanan yang ada kaitan dengan pemimpin kumpulan militan, Amadou Koufa.
Kejayaan operasi turut diumumkan Presiden Perancis Emmanuel Macron ketika berucap di Ivory Coast.
#Al-Qaeda #bunuh #Emmanuel Macron #Mali #militan #operasi #Perancis #tentera
;