Tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat adakan latihan ketenteraan

Astro Awani
Februari 11, 2013 17:03 MYT
Hampir 400 tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat membuat latihan ketenteraan bersama di bandar Pyeongchang, Korea Selatan.
Ini adalah kali pertama latihan seumpama itu diadakan di Korea Selatan.
Antara lainnya, tujuan latihan itu ialah untuk memantapkan keupayaan untuk operasi bersama demi keamanan di Semenanjung Korea.
Penglibatan itu merangkumi tentera darat, laut dan udara.
Sebelum ini, tentera laut Korea Selatan dan Amerika Syarikat selesai mengadakan latihan selama tiga hari di laut timur, minggu lalu.
Latihan ketenteraan bersama ini ekoran ketegangan di rantau itu dengan Korea Utara berikrar mahu melancarkan ujian nuklearnya yang ketiga.
Laporan media Pyongyang pula mendakwa latihan ketenteraan bersama itu membayangkan Seoul dan Washington berpakat untuk menyerang Korea Utara.
Ketika ini terdapat kira-kira 28,500 tentera Amerika di Korea Selatan.
#Amerika Syarikat #Korea Selatan #Korea Utara #Semenanjung Korea #tentera
;