Tentera Israel terus serang Tebing Barat, 10 rakyat Palestin maut

Agensi
Ogos 29, 2024 09:15 MYT
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Palestin, serangan rejim Zionis itu mengorbankan 10 nyawa rakyat Palestin. - Gambar Reuters
TEBING BARAT: Ratusan tentera Israel bersama helikopter, dron, dan kenderaan perisai menyerang bandar-bandar Jenin dan Tulkarm serta kawasan lain di Tebing Barat yang diduduki pada Rabu.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Palestin, serangan rejim Zionis itu mengorbankan 10 nyawa rakyat Palestin.
Serangan tersebut disifatkan antara terbesar yang dilihat di Tebing Barat dalam beberapa bulan ini selepas beberapa serangan kecil di lokasi tersebut.
Ini dalam usaha tentera Israel berusaha untuk menumpaskan pejuang Hamas di Palestin.
Jurucakap Pejabat Perdana Menteri Israel, David Mancer mendakwa, tiga pejuang Hamas di Jenin telah dibunuh dalam serangan udara.
Sementara itu, kereta kebal tentera Israel dilihat menghalang jalan di Jenin manakala cubaan beberapa ambulans melepasi kereta kebal di situ juga gagal.
#Tebing Barat #Palestin #Israel