Tentera Israel tembak remaja Palestin

Sinar Harian
Februari 23, 2022 03:25 MYT
Tentera Israel kerap membunuh remaja Palestin di Tebing Barat sejak akhir-akhir ini. - Foto fail/AP
RAMALLAH: Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang remaja Palestin berusia 14 tahun di Baitulaham, Tebing Barat pada Selasa, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Bagaimanapun, tentera rejim Zionis berkata, ia menembak mati seorang suspek yang membaling bom petrol ke arah pemandu di Al-Khader, Tebing Barat.
Namun, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa Mohammed Shehade terbunuh akibat tembakan tentera Israel di Al-Khader di kawasan Baitulaham.
Sejak 10 hari lalu, dua lagi remaja Palestin telah terbunuh di Tebing Barat yang mana insiden maut adalah satu perkara biasa.
Israel telah menduduki Tebing Barat sejak Perang Enam Hari berlaku pada tahun 1967.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#tentera Israel #remaja #tembak mati #Palestin