Tentera Israel serang bangunan di Nuseirat, 5 terkorban

Astro Awani
Ogos 19, 2024 08:15 MYT
Paparan rakaman video serangan udara Israel yang berlaku di sebuah bangunan kediaman di Nuseirat, Gaza. - Foto REUTERS
GAZA: Pihak berkuasa kesihatan Palestin di Gaza memaklumkan serangan Israel terhadap sebuah bangunan kediaman di Nuseirat menyebabkan sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh.
Kejadian dilaporkan berlaku menjelang lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken untuk mengadakan rundingan gencatan senjata.
Dalam pada itu, usaha diplomatik menghentikan konflik Israel-Hamas bagi memastikan perjanjian membebaskan tahanan tebusan di Gaza semakin meningkat
Proses mediasi AS, Mesir dan Qatar dijadualkan akan diteruskan minggu ini di Kaherah, selepas pertemuan selama dua hari di Doha minggu lalu.
#Amerika Syarikat #Antony Blinken #gencatan senjata #Nuseirat