Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Agensi
Mei 12, 2024 10:13 MYT
Mei 12, 2024 10:13 MYT
GAZA: Israel mengarahkan ribuan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah, ketika rejim memperhebat operasi ketenteraannya di selatan Gaza.
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Risalah itu mengarahkan penduduk untuk berpindah ke Al Mawasi, bandar pesisir pantai yang didakwa zon kemanusiaan.
Israel mengesahkan ia akan meneruskan operasi di rafah, di sebalik amaran dari Amerika Syarikat (AS) dan negara sekutu yang bimbang ia akan menyebabkan korban awam yang lebih besar serta krisis kemanusiaan.
Tentera Israel dalam pada itu memaklumkan, ia terlibat dalam pertempuran secara bersemuka dengan pejuang Hamas di Rafah.
Tentera zionis juga mendakwa menemui beberapa tempat persembunyian bawah tanah di kawasan itu.
Israel melancar puluhan serangan udara atas alasan mensasarkan infrastruktur milik pengganas.