Tentera Bolivia lakukan rampasan kuasa di Istana Presiden
Agensi
Jun 26, 2024 07:30 MYT
Jun 26, 2024 07:30 MYT
LA PAZ: Tentera telah menyerbu Istana Presiden Bolivia sebagai langkah rampasan kuasa Presiden Luis Arce yang mengecam tentera negara itu.
Dalam satu rakaman video, Arce dilihat berhadapan dengan Komander Jeneral Tentera, Juan Jose Zuniga, di lorong istana dan menyeru tentera untuk beredar.
Dalam masa sama, Arce menuntut rakyat untuk menggerakkan langkah demokrasi selepas angkatan bersenjata mengambil alih dataran tengah ibu negara.
Sebuah kenderaan berperisai merempuh pintu masuk ke Istana Presiden diikuti oleh kepungan dari askar.
Tentera bersenjata lengkap dan kenderaan berperisai berkumpul di dataran tengah Plaza Murillo, yang merupakan kediaman Presiden dan kongres.
“Akan ada menteri kabinet baharu, hentikan kemisikinan dan hentikan memalukan institusi ketenteraan negara,” kata Jeneral Zuniga.
Kesatuan buruh terbesar di negara itu juga telah mengumumkan mogok bagi mempertahankan kerajaan dan menentang tindakan tentera. - Agensi