Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan

Astro Awani
April 13, 2021 21:08 MYT
Ketika ini sejumlah 2,500 anggota tentera Amerika Syarikat berkhidmat di Afghanistan. - Foto fail
WASHINGTON: Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.
Pengumuman berkaitan perkara itu dijadual dibuat Presiden Joe Biden dalam masa terdekat.
Di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, Amerika Syarikat menyatakan persetujuan kepada Afghanistan untuk mengundurkan tenteranya pada Mei.
Namun menurut Biden, sasaran itu sukar dipenuhi.
Tarikh baharu pengunduran ini akan bersempena dengan ulangtahun ke-20 serangan pengganas ke atas bangunan World Trade Center dan Pentagon pada 2001.
Lanjutan tarikh pengunduran ini bagi memberi masa yang mencukupi kepada tentera Amerika Syarikat menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab keselamatan kepada Taliban.
Ketika ini sejumlah 2,500 anggota tentera Amerika Syarikat berkhidmat di Afghanistan.
#Amerika Syarikat #tentera #Afghanistan #Joe Biden #Donald Trump #Taliban #world trade center #Pentagon #pengganas