Tentera AS akan masih berada di Afghanistan selepas 31 Ogos

Astro Awani
Ogos 19, 2021 07:24 MYT
Anggota tentera Amerika Syarikat membuat pemeriksaan ke atas beberapa rakyat Afghanistan di Lapangan Terbang Hamid Karzai. - Foto AP Newsroom
WASHINGTON: Presiden Joe Biden dedahkan tentera Amerika Syarikat akan kekal berada di Afghanistan melebihi tarikh akhir pengundurannya 31 Ogos ini.
Ini bagi membantu proses pemindahan keluar warga Amerika Syarikat dari negara Asia Selatan itu.
Biden dalam pada itu tetap mempertahankan keputusan menamatkan tanggungjawab pertahanan di Afghanistan.
Dalam pada itu, Biden melihat ancaman lebih besar dari Al-Qaeda dan kumpulan sekutu di beberapa negara lain.
Sehubungan itu, beliau merasakan tumpuan perlu diberikan di kawasan yang membawa ancaman terbesar.
"Al-Qaeda, ISIS ini adalah lebih besar. Wujud ancaman lebih besar kepada Amerika Syarikat dari Syria. Wujud ancaman terbesar dari utara Afrika, di beberapa kawasan lain dari kawasan pergunungan di Afghanistan.
"Kita mengekalkan kemampuan untuk menyingkirkan ancaman ini," katanya.
Kenyataan ini dibuat ketika pentadbiran beliau berdepan kritikan susulan keputusan pengunduran tentera dari Afghanistan.
Ia menyaksikan puak Taliban kembali mengawal negara itu.
#Afghanistan #tentera #Amerika Syarikat #Taliban #Al-Qaeda
;