Tembakan Universiti Ohio State: 296 pelajar Malaysia selamat

Astro Awani
November 29, 2016 03:06 MYT
Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika. - Gambar fail
Pejabat Pendidikan Malaysia Washington hari ini melaporkan bahawa serangan di Ohio State University, Amerika Syarikat tidak melibatkan pelajar Malaysia yang berada di sana.
Pejabat pendidikan itu mengesahkan kesemua 296 pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat.
Dalam serangan tersebut, seorang pelajar dilaporkan telah merempuh kenderaannya pada laluan pejalan kaki di kampus Columbus, Ohio sebelum menyerang para pelajar lain dengan pisau pemotong daging, dan dia kemudiannya ditembak seorang pegawai polis kampus.
Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika.
Dilaporkan penyerang tersebut merupakan pelajar universiti tersebut berketurunan Somalia.
#Columbus #Ohio State University #Pejabat Pendidikan Malaysia Washington #Somalia