Tembakan rambang: Sekurang-kurangnya 8 maut ditembak di Indianapolis

Agensi
April 16, 2021 15:53 MYT
Suspek kes tembak itu turut dipercayai telah membunuh diri dengan menembak diri sendiri.
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lapan individu maut manakala beberapa lagi dilaporkan cedera ditembak dalam satu serangan rambang di gedung perkhidmatan FedEx di Indianapolis, Amerika Syarikat.
Kejadian berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Indianapolis pada malam Khamis (waktu tempatan).
Reuters melaporkan, suspek kes tembak itu turut dipercayai telah membunuh diri dengan menembak diri sendiri.
Namun begitu, tiada perincian lanjut termasuk punca insiden itu setakat ini.
Memetik jurucakap polis, Genea Cook, pasukan keselamatan itu yakin tiada lagi ancaman aktif kepada masyarakat.
"Kami mengesahkan beberapa individu cedera akibat ditembak dan mereka dihantar beberapa hospital berhampiran untuk rawatan," katanya di sini.
Sementara itu, jurucakap FedEx berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan keselamatan.
"Kami akan memberi kerjasama penuh dengan memberi semua maklumat yang dikehendaki polis," katanya.
#Indianapolis #Joe Biden #Kamala Harris #polis #Amerika Syarikat #serangan #bunuh diri #Fedex
;