Tembakan rambang di Utrecht, beberapa penumpang tram cedera

Firdaus Azil
Mac 18, 2019 10:40 MYT
Polis mengesahkan beberapa penumpang tram cedera akibat tembakan itu.
Satu kejadian tembakan rambang berlaku di dalam sebuah tram di Utrecht, Belanda pada petang Isnin.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa, sehingga kini tujuh orang disahkan mengalami kecederaan dan polis anti-pengganas telah dihantar bagi menangani keadaan dengan segera.
Laporan itu turut menyebut, kawasan itu kini telah dikepung bagi mengesan dua penembak berkenaan.
Beberapa helikopter dan ambulans telah dihantar bagi membantu operasi memantau serta membantu mangsa yang tercedera.
#Belanda #cedera #pengganas #polis #tembakan #tram #Utrecht