Tembak-menembak di Rio de Janeiro, 11 maut

Agensi
Ogos 20, 2018 06:40 MYT
Suspek yang ditahan pihak polis Brazil selepas mereka didakwa mengambil sebuah keluarga sebagai tebusan di Alemo, Rio de Janeiro, Brazil pada Isnin. - REUTERS
Sekurang-kurangnya 11 orang maut dalam insiden tembak-menembak melibatkan anggota tentera dan polis di beberapa kawasan di Rio de Janeiro, Brazil.
Menurut jurucakap tentera Brazil, Carlos Cinelli, lima suspek ditembak mati sementara 10 lagi ditahan susulan beberapa serbuan yang dibuat pihak tentera dan polis di Mare, Complexo do Alemao dan Penha pada Isnin.
Beliau berkata, ketika serbuan, pihak berkuasa merampas sejumlah senjata api dan dadah jenis ganja.
Kehadiran polis yang kuat masih kekal di Complexo do Alemao selepas operasi tersebut.
Sementara itu, pihak polis berkata enam lagi suspek maut dalam konfrontasi dengan beberapa pegawai di Niteroi.
Menurut polis, insiden tembak-menembak tercetus ketika mereka sedang memburu sekumpulan suspek.
Sejak Februari, kawalan keselamatan Rio de Janeiro telah diletakkan di bawah tanggungjawab pihak tentera.
Bandar tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2016 ini sedang bergelut untuk membendung keganasan.
#Brazil #keganasan #Rio de Janeiro #tembak menembak
;