Teman lelaki letak peluntur dalam minuman kekasih yang hamil
Agensi
Oktober 25, 2017 12:26 MYT
Oktober 25, 2017 12:26 MYT
Seorang bekas pelajar sebuah kolej di Pennsylvania mengaku bersalah selepas cubaan membunuh teman wanitanya dengan meletakkan cecair peluntur ke dalam minuman pasangannya yang sedang hamil, Selasa lepas.
Pihak polis di Millersville University berkata suspek Theophilous Washington, 21, yang berasal dari Washington D.C memberikan sebotol minuman yang diletakkan sejenis peluntur di dalamnya, lapor Fox 43.
Washington mengatakan bahawa beliau menawarkan minuman itu kepada teman wanitanya yang sedang hamil dua bulan di bilik dorm pagi itu.
Bagaimanapun teman wanita suspek kemudian merasakan tekaknya seperti terbakar dan mengalami muntah-muntah sebelum mangsa bergegas meminta bantuan 911.
Washington mengaku dia meletakkan peluntur di dalam minuman itu atas alasan tidak mahu teman wanitanya melahirkan bayi dalam kandungan tersebut.
Teman wanita suspek telah dirawat pihak hospital dan dipercayai wanita serta kandungannya berada dalam keadaan selamat, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Fox 43.
#bayi
#mengandung
#Millersville University
#minuman
#pelajar
#peluntur
#Pennsylvania
#Theophilous Washington
#wanita