Teleskop gergasi dalam aksi filem James Bond runtuh
Agensi
Disember 2, 2020 11:49 MYT
Disember 2, 2020 11:49 MYT
PUERTO RICO: Rata-rata peminat James Bond pasti ingat dengan Teleskop Arebico yang menempa nama menerusi francais filem aksi terkenal itu.
Malangnya, pada Selasa, teleskop radio antara terbesar dunia itu runtuh setelah mengalami kerosakan teruk sejak Ogos lalu.
Menurut Yayasan Sains Nasional (NSF) Amerika Syarikat, platform teleskop itu telah digunakan untuk pelbagai penemuan astronomi selama 57 tahun.
Struktur seberat 900 tan yang digantung dengan kabel sepanjang 137 meter di atas piring itu runtuh pada pagi Selasa (waktu tempatan).
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
"Kami sedih dengan situasi ini tetapi bersyukur tidak ada yang cedera.
"Fokus kami sekarang adalah untuk menilai kerosakan, mencari jalan untuk memulihkan operasi di bahagian lain balai cerap itu dan berusaha untuk terus menyokong komuniti saintifik, dan rakyat Puerto Rico,” kata Pengarah NSF Sethuraman Panchanathan dalam satu kenyataan.
NSF berkata mereka akan memberi kebenaran kepada University of Central Florida yang menguruskan balai cerap itu untuk terus membayar gaji kakitangan Arecibo dan membuat pelan untuk meneruskan penyelidikan di balai cerap tersebut.
Bagaimanapun, agensi berkenaan masih belum menentukan punca terputusnya kabel pada Ogos lalu.
Pada Ogos, dua kabel yang menyokong piring reflektor tersebut telah terputus menyebabkan kerosakan dan memaksa pengawai untuk menutup balai cerap itu.
Pada November, tinjauan kejuruteraan mendorong NSF dan university itu terpaksa melupakan hasrat untuk membaik pulih struktur berkenaan kerana terlalu berbahaya.
Teleskop Arecibo mula dikenali apabila dipilih antara lokasi dalam filem James Bond ‘GoldenEye’ serta drama fiksyen sains 'Contact'.
#Teleskop Arecibo
#james bond
#runtuh
#Yayasan Sains Nasional
#NSF
#Puerto Rico
#Balai Cerap Arebico
#University of Central Florida
#Sethuraman Panchanathan
#GoldenEye