Tebusan di Sydney: Rundingan diteruskan secara aman - Polis NSW

Astro Awani
Disember 15, 2014 08:48 MYT
Polis tidak dapat mengesahkan berapa ramai di dalam kafe Lindt di Martin Place. -Gambar fail
Timbalan Pesuruhjaya Polis New South Wales, Catherine Burn berkata rundingan sedang dijalankan dengan lelaki bersenjata yang menawan sebuah kafe di Martin Place, Sydney.
Menurutnya, pendekatan yang digunakan oleh pihak polis adalah menangani isu ini secara aman.
“Kita akan mengambil masa, tapi itu adalah pendekatan kami. Kami akan bekerja sehingga malam jika situasi ini berterusan dan kami akan melihat keadaan esok,” katanya kepada pemberita.
Beliau turut berkata bahawa pihak polis tidak dapat mengesahkan berapa ramai di dalam kafe Lindt di Martin Place, tetapi berkemungkinan kurang daripada 30.
Beliau turut mengesahkan tiga tebusan lelaki telah dibawa keluar.
#Lindt Cafe #Sydney #tebusan