Taufan Vongfong: Lebih 150,000 penduduk terpaksa dipindahkan
Agensi
Mei 15, 2020 00:09 MYT
Mei 15, 2020 00:09 MYT
Lebih 150,000 penduduk Filipina terpaksa dipindahkan di beberapa tempat perlindungan kecemasan pada Jumaat susulan Taufan Vongfong yang membadai negara itu.
Beberapa pekerja sukarela bertungkus-lumus menyediakan tempat perlindungan di Manila selepas proses pemindahan yang perlahan dan rumit akibat penularan COVID-19 hari sebelumnya.
Bagaimanapun, Taufan Vongfong mula reda selepas membadai di wilayah Samar Timur pada Khamis kemudian menuju ke kepulauan Luzon.
Setakat ini masih belum terdapat kemalangan jiwa atau kerosakan teruk yang dilaporkan susulan taufan tersebut.
Menurut ramalan cuaca, ribut taufan dengan kelajuan 125 kilometer sejam pada Khamis itu berbahaya terutamanya di kawasan persisir pantai.
Rakyat Filipina terpaksa berdepan kesukaran menghadapi taufan kali ini susulan penularan COVID-19 yang menyebabkan perintah berkurung dikuatkuasakan namun beberapa kawasan akan mula dilonggarkan hujung minggu ini.
Setakat ini, Filipina merekodkan lebih 11,600 kes positif COVID-19 dengan 772 kematian.