Taufan Vamco: Penduduk Filipina mula pulang ke kediaman masing-masing
Khairunnisa Kasnoon
November 13, 2020 20:25 MYT
November 13, 2020 20:25 MYT
PENDUDUK Filipina yang terjejas akibat Taufan Vamco yang melanda pada Khamis mula pulang ke kediaman masing-masing selepas banjir lumpur surut.
Taufan Vamco melanda pada awal pagi Khamis, merosakkan banyak infrastuktur awam, rumah serta menumbangkan pokok termasuk di Manila.
Sekurang-kurangnya 39 orang dilaporkan terkorban di seluruh negara.
Lebih 350,000 orang dipindahkan ke pusat penempatan sementara terutama penduduk dari kawasan persisiran pantai dan dataran rendah.
Polis Filipina memaklumkan, lebih daripada 100,000 orang diselamatkan, termasuk 41,000 di Manila.
Taufan itu turut menyebabkan hampir dua juta rumah di Manila dan wilayah berhampiran mengalami gangguan bekalan elektrik untuk satu tempoh yang lama.