Taufan Tropika Cristobal badai pantai Louisiana, Florida
Agensi
Jun 8, 2020 20:33 MYT
Jun 8, 2020 20:33 MYT
Taufan Tropika Cristobal yang membawa angin kencang dan puting beliung membadai pantai Louisiana di utara Florida, Amerika Syarikat pada Ahad sehingga menyebabkan pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus.
Orang ramai sudah mula dipindahkan sejak Sabtu apabila ribut tersebut dilaporkan mula bergerak dari muara Sungai Mississippi dan kepulauan Grand Isle.
Angin kencang yang membadai kawasan pantai dengan kelajuan 85 kilometer sejam itu sebelum ini tidak dijangka akan mencapai kelajuan ribut taufan.
Bagaimanapun, para peramal cuaca menjangkakan taufan dengan kelajuan 290 kilometer sejam itu akan menjejaskan banyak kawasan.
Susulan taufan tersebut, paras air laut meningkat sehingga 1.2 meter dalam masa beberapa jam.
Setakat ini, penduduk tempatan sudah dipindahkan dan ada yang akan dipindahkan apabila keadaan kembali terkawal.