Taufan Taute: Penduduk Kanyakumari diarah pindah selepas rumah ditenggelami air

Astro Awani
Mei 18, 2021 12:18 MYT
Air sungai deras melepasi penghadang keselamatan dan melimpah ke jalan serta memasuki beberapa buah rumah berdekatan. - Foto Newsflare via AP
PENDUDUK di daerah Kanyakumari, India terpaksa berpindah selepas rumah mereka ditenggelami air sungai susulan Taufan Taute yang melanda negara itu pada Ahad.
Rakaman video menunjukkan air sungai deras melepasi penghadang keselamatan dan melimpah ke jalan serta memasuki beberapa buah rumah berdekatan.
Hujan lebat selama empat jam dilaporkan melanda daerah berkenaan.
Keadaan menjadi bertambah buruk selepas beberapa empangan diarah untuk melepaskan air sebagai langkah persediaan hadapi taufan berkenaan.
Para pelancong dilarang memasuki kawasan air terjun manakala mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sementara.
Taufan Taute | Penduduk di Kanyakumari diarah berpindah selepas rumah ditenggelami air
#Taufan Taute #banjir #India #pindah
;