Taufan Talim bawa hujan lebat, angin kencang ke selatan China

Bernama
Julai 17, 2023 19:25 MYT
Taufan Talim dijangka melanda kawasan pantai antara Dianbai di Guangdong dan Wenchang di Hainan pada Isnin malam dengan membawa angin kencang serta hujan lebat ke kawasan pantai di selatan China. - Foto AP
BEIJING: Taufan Talim dijangka melanda kawasan pantai antara Dianbai di Guangdong dan Wenchang di Hainan pada Isnin malam dengan membawa angin kencang serta hujan lebat ke kawasan pantai di selatan China, lapor Xinhua.
Angin kencang dijangka melanda bahagian Laut China Selatan, Guangdong, Guangxi dan Hainan dari 2 petang Isnin hingga 2 petang Selasa, manakala hujan lebat akan melanda bahagian Guangdong, Hainan dan Guangxi, kata Pusat Meteorologi Kebangsaan pada Isnin.
Pusat itu memperbaharu amaran jingganya yang merupakan tahap amaran kedua tertinggi untuk Taufan Talim pada Isnin manakala Pentadbiran Meteorologi China menaikkan respons kecemasannya untuk taufan kepada Tahap III.
Pusat itu menasihatkan persediaan taufan kecemasan dan langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan bencana geologi serta menasihatkan penduduk tempatan dan pelancong untuk tinggal di tempat yang selamat.
-- BERNAMA
#Taufan Talim #selatan China #angin kencang #Guangdong dan Wenchang
;