Taufan Sandy: Obama, Romney tangguh kempen pilihan raya

Astro Awani
Oktober 29, 2012 11:01 MYT
Perkembangan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat 6 November ini.
Kempen kali ini diganggu kehadiran Taufan Sandy yang melanda sebahagian besar negeri di Amerika Syarikat.
Baik Barack Obama mahupun Mitt romney, masing-masing terpaksa meminda jadual atau membatalkan acara yang dijadualkan.
Antara kawasan kempen yang terjejas adalah Florida, Maine dan New Jersey selain New York.
Obama yang mempertahankan jawatannya dijadualkan berkempen sekitar Florida dan Ohio.
Manakala calon Naib Presiden Obama, Joe Biden turut membatalkan kempen di Virginia.
#emergency #Obama #presiden #Romney #Sandy
;