Taufan Phanfone badai Jepun, enam dikhuatiri maut atau hilang

Agensi
Oktober 6, 2014 15:50 MYT
Taufan nombor 18 itu dilaporkan bergerak dengan kelajuan 180 kilometer (112 batu) sejam.
Enam dikhuatiri hilang ataupun meninggal dunia akibat taufan Phanfone yang bergerak dari Okinawa dan kini melanda Tokyo.
Taufan nombor 18 itu dilaporkan bergerak dengan kelajuan 180 kilometer (112 batu) sejam, menurut agensi meteorologi.
Angin kencang yang membawa bersama hujan lebat turut menjejaskan rutin harian penduduk.
Menurut laporan pihak berkuasa, taufan tersebut melanda bandar Hamamatsu kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan, memaksa nasihat pemindahan dikeluarkan kepada 400 ribu penduduk di bandar terlibat.
Pekhidmatan pengangkutan awam juga terpaksa dihentikan susulan cuaca buruk.
Jadual penerbangan di Lapangan Terbang di Haneda, Tokyo juga menyaksikan 600 penerbangan terpaksa dibatalkan.
#Jepun #Phanfone #taufan #Tokyo
;