Taufan Otis melanda selatan Mexico

Bernama
Oktober 26, 2023 11:20 MYT
Keadaan jalan raya yang musnah serta kerosakan sekeliling yang berlaku susulan Taufan Otis yang melanda Acapulco, Mexico, 25 Okt 2023. (Foto AP)
BANDARAYA MEXICO: Taufan Otis membadai sebahagian besar kawasan pantai di Guerrero di selatan Mexico dan mencetuskan ribut kategori lima, kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada Rabu.
"Sistem rangkaian komunikasi terputus," katanya pada sidang media di sini, lapor Xinhua.
Beliau berkata pusat peranginan popular Acapulco dan bandar yang berdekatan mengalami kerosakan teruk akibat hujan lebat dan angin kencang.
"Setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa, namun tanah runtuh dan kerosakan infrastruktur telah menjejaskan lebuh raya menuju ke Acapulco dan jalan-jalan lain di kawasan itu," katanya.
Sebelum ini, Suruhanjaya Air Negara mengeluarkan amaran taufan Otis akan membawa hujan lebat luar biasa di beberapa kawasan di Guerrero dan Oaxaca.
-- BERNAMA
#taufan Otis #Mexico #tanah runtuh #hujan lebat
;