Taufan Nepartak: Kerosakan teruk di Fujian

Agensi
Julai 10, 2016 09:42 MYT
Jabatan Meteorologi China mengeluarkan amaran peringkat ke dua tertinggi. - Gambar fail
Taufan Nepartak menyebabkan sekitar timur wilayah Fujian, China, mengalami kerosakan teruk pada Ahad.
Kali pertama melanda sekitar jam 1 petang waktu tempatan di bandar Shishi, membawa hujan lebat dan angin kencang yang direkodkan sehingga 100 kilometer sejam.
Ribut petir juga dilaporkan berlaku di Ban Dong, Bandar Minqing, sehingga berlaku banjir mencapai paras dua meter.
Tinjauan udara juga mendapati kerosakan terutama bangunan, jambatan dan ratusan kenderaan terkandas.
Bekalan elektrik dan telekomunikasi juga terputus di Ban Dong.
Usaha menyelamatkan mangsa dilakukan 24 jam, selepas ribut mula reda.
Jabatan Meteorologi China mengeluarkan amaran peringkat kedua tertinggi.
Taufan Nepartak, sebelum itu mula membadai Taiwan dengan kelajuan mencapai 230 kilometer sejam dan dijangka turut melanda Fujian dan Jiangxi di China.
#Ban Dong #banjir #China #Fujian #Minqing #Taufan Nepartak
;