Taufan Molave badai Filipina, ribuan penduduk terjejas
Khairunnisa Kasnoon
Oktober 26, 2020 23:09 MYT
Oktober 26, 2020 23:09 MYT
TAUFAN yang bergerak pantas memaksa ribuan penduduk kampung menyelamatkan wilayah selatan Filipina pada Isnin selepas banjir mula melanda kampung yang terlibat.
Seorang dilaporkan hilang dan tujuh yang lain berjaya diselamatkan selepas kapal mereka tenggelam di wilayah Batangas.
Taufan Molave yang membawa bersama angin kencang dengan kelajuan 125 kilometer sejam itu dilaporkan bertiup kearah barat negara itu.
Menurut ramalan kaji cuaca, Molave dijangka bergerak a ke Laut China Selatan pada Isnin.
Sekurang-kurangnya 25,000 penduduk kampung hilang tempat tinggal dengan 20,000 orang berlindung di sekolah dan bangunan kerajaan yang dijadikan pusat pemindahan.
Dalam pada itu, lebih daripada 1,800 pemandu trak kargo, pekerja dan penumpang terkandas di pelabuhan selepas pengawal pantai melarang kapal dan feri keluar masuk akibat laut bergelora.