Taufan Michael: Angka kematian meningkat kepada 18 orang

Astro Awani
Oktober 14, 2018 04:10 MYT
Sebuah bangunan yang musnah akibat dilanda taufan Michael di Mexico Beach, Florida, 12 Okt, 2018. REUTERS
Angka korban akibat taufan Michael meningkat kepada 18, empat hari selepas ia melanda Florida.
Ini selepas operasi pencarian berjaya memasuki lokasi yang sebelum ini terputus hubungan.
Florida paling teruk terjejas selepas taufan kategori empat itu melanda pada Rabu.
Sebahagian besar negeri itu dibadai angin kencang dan hujan lebat, dengan 8 kematian dilaporkan.
BACA: Taufan Michael menghampiri Florida
BACA: Taufan Michael bakal bertukar menjadi kategori empat
[VIDEO] Kesan amukan 'Michael' di Florida
Menurut Gabenor Florida, Rick Scott, Mexico Beach kini berada dalam keadaan buruk dan menyifatkan Michael sebagai taufan terburuk pernah melanda Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa dekad.
#Florida #mangsa #Rick Scott #taufan Michael