Taufan Matthew: Angka korban di Haiti terus meningkat

Agensi
Oktober 7, 2016 08:27 MYT
Antara kesan kemusnahan yang dibawa oleh Taufan Matthew di Haiti.- AP Photo/Dieu Nalio Chery
Angka kematian Taufan Matthew yang melanda kepulauan Caribbean termasuk Haiti meningkat kepada 264 nyawa berbanding 108 orang sebelum ini.
Serentak itu, pihak berkuasa Haiti menasihatkan penduduk yang berpotensi terjejas supaya menyimpan bekalan makanan dan memastikan keselamatan di kediaman masing-masing.
Seramai dua juta penduduk di tenggara negara itu sudah mula berpindah di kawasan lebih selamat.
Lebih daripada 2,800 penerbangan pada Khamis dan Jumaat terpaksa dibatalkan memaksa lapangan terbang Fort Lauderdale ditutup sementara.
Rata-ratanya merupakan warga Miami dan Fort Lauderdale.
Sementara itu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengisytiharkan situasi darurat di South Carolina.
Beliau turut mengarahkan bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk membantu pihak negeri dan tempatan.
Selain itu Gabenor South Carolina, Nikki Haley turut memberi amaran kepada semua penduduk agar segera berpindah.
Jelas Haley, setakat ini hanya 175,000 orang berjaya dipindahkan.
Taufan Matthew disifatkan taufan paling kuat di Atlantik dan membawa kelajuan angin sehingga 240 kilometer sejam.
#Barack Obama #Fort Lauderdale #Haiti #Nikki Haley #Taufan matthew
;