Taufan Marce jejaskan lebih 7,200 keluarga di Filipina
Bernama
November 8, 2024 17:38 MYT
November 8, 2024 17:38 MYT
MANILA: Taufan Marce (Yinxing) menjejaskan kira-kira 7,233 keluarga di tiga wilayah, lapor Agensi Berita Filipina, memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Jumaat.
Dalam laporan situasi terkini, agensi itu menyatakan keluarga yang terlibat berasal dari 239 kawasan di Wilayah Ilocos, Cagayan Valley, dan Cordillera.
Setakat ini, seramai 3,958 keluarga, melibatkan 11,476 orang, sedang berlindung di 186 pusat pemindahan, manakala 960 keluarga, yang terdiri daripada 2,913 orang, menerima bantuan di luar pusat pemindahan.
Menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD), keluarga yang terjejas termasuk mereka yang dipindahkan dan mereka yang tidak memerlukan berpindah dari kediaman masing-masing.
Tiada laporan mengenai mangsa yang cedera atau kerosakan lain setakat ini, menurut OCD.
-- BERNAMA