Taufan Mangkhut sebabkan Macau kerugian RM805 juta

Bernama
November 13, 2018 03:59 MYT
Selain membadai Macau, Taufan Mangkhut turut melanda beberapa wilayah dan negara seperti Hong Kong dan FIlipina. - Gambar fail
Kerugian disebabkan Taufan Mangkhut yang membadai Macau awal tahun ini dianggarkan mencecah 1.55 bilion pataca (RM805 juta).
Ia termasuk kerugian langsung bernilai 520 juta Pataca (RM270 juta) dan kerugian tidak langsung berjumlah 1.03 bilion Pataca (RM535 juta), demikian menurut Statistik dan Bancian Perkhidmatan (DSEC) pada Isnin.
DSEC berkata anggaran itu merangkumi kerugian perniagaan, kerosakan kediaman serta kenderaan isi rumah, kemudahan perbandaran dan sistem perkhidmatan awam tertentu.
Selain menyebabkan kemusnahan harta benda, Taufan Mangkhut yang melanda Macau pada 16 September turut mencederakan 15 orang.
-- BERNAMA
#Macao #Macau #mangkhut #taufan