Taufan Mangkhut mula membadai Pulau Luzon
Astro Awani
September 14, 2018 06:01 MYT
September 14, 2018 06:01 MYT
Taufan Mangkhut mula membadai Pulau Luzon di utara Filipina awal hari ini.
Pihak berkuasa negara itu melaporkan, Mangkhut membawa bersama hujan lebat dan banjir serta ribut kencang.
Sejumlah 5.2 juta penduduk bakal terjejas dan mereka sejak awal-awal lagi diminta bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan terburuk.
Selain itu, mereka turut digesa untuk berpindah lebih awal jika perlu.
Sebelum ini, Agensi Meteorologi Jepun pada Jumaat melaporkan, taufan kuat sedang bergerak ke arah barat pada kelajuan 255 kilometer sejam di perairan timur Filipina.
Taufan sama dijangka bergerak ke Hong Kong bermula esok.
Kerajaan Filipina juga mengeluarkan amaran bahawa taufan Mangkhut mempunyai kekuatan sama dengan taufan Haiyan pada 2013, di mana sekurang-kurangnya 7,300 mangsa maut dan hilang ketika ia melanda.
#banjir
#Filipina
#Haiyan
#Hong Kong
#hujan lebat
#mangsa
#maut
#Penduduk
#pindah
#Pulau Luzon
#taufan