Taufan Mangkhut: Hong Kong siap sedia
Astro Awani
September 16, 2018 08:31 MYT
September 16, 2018 08:31 MYT
Pihak berkuasa Hong Kong mula membantu memindahkan penduduk setempat yang tinggal di kawasan tanah rendah ketika mana Taufan Mangkhut dari Filipina bergerak ke wilayah itu.
Usaha pihak berkuasa itu sebagai langkah berjaga-jaga berdepan kemungkinaan terburuk akibat ancaman taufan itu.
Jabatan Meteprologi Hong Kong meramalkan, ribut akan melanda bandar itu pada bila-bila masa Ahad dengan kekuatannya semakin melemah menjelang lewat malam.
Laporan media tempatan menyebut, apabila melepasi Hong Kong, Mangkhut diramal menjadi taufan paling kuat melanda bandar raya itu sejak 1962 dengan membawa bersama kekuatan angin 250 kilometer sejam.
Menteri Keselamatan John Lee Ka-Chiu, awal-awal lagi memberi amaran kepada penduduk tempatan supaya berdepan kemungkinan terburuk akibat Taufan Mangkhut.