Taufan Mangkhut: China dalam keadaan berjaga-jaga

Astro Awani
September 16, 2018 08:45 MYT
Hujan mula turun di Shenzhen, China, 16 Sept, 2018. REUTERS
Seluruh bandar pesisir pantai di selatan China bersiap-siaga bagi berdepan Taufan Mangkhut yang dijangka melalui negara itu minggu ini.
Amaran Pusat Meteorologi China menyebut taufan itu akan melanda pantai Wilayah Guangdong pada petang Ahad atau malamnya, diikuti angin kencang dan hujan lebat.
Di Wilayah Fujian, 51,000 penduduk dipindahkan, manakala lebih 1,000 kapal kembali ke pelabuhan sejak Sabtu.
Pada Sabtu, Taufan Mangkhut membadai Filipina dengan angin dan hujan kuat yang mengakibatkan tanah runtuh, merosakkan terminal lapangan terbang dan menerbangkan bumbung.
Pusat Peringatan Taufan Bersama Hawaii yang berpangkalan di Hawaii meletakkan Mangkhut sebagai taufan luar biasa.
Angin kencang yang dibawa Mangkhut bersamaan dengan badai atlantik kategori 5.
#China #Filipina #jaga-jaga #mangkhut #pindah #pusat pemindahan #sedia #tanah runtuh #taufan
;