Taufan Lorenzo membadai Portugal, banyak kediaman musnah
Agensi
Oktober 2, 2019 00:37 MYT
Oktober 2, 2019 00:37 MYT
TAUFAN Lorenzo yang membadai Azores, Portugal pada Rabu menyebabkan banyak kediaman penduduk tempatan musnah.
Menurut Agensi Perlindungan awam Azores, hujan lebat dan angin kencang pada kategori dua yang membadai bandar tersebut turut menyebabkan pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus.
Memetik laporan AP, pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran zon merah di tujuh kepulauan di Portugal susulan taufan Lorenzo.
Sekolah dan bangunan kerajaan juga terpaksa ditutup bagi tujuan keselamatan, manakala beberapa penerbangan juga dibatalkan.
Taufan tersebut jarang berlaku di utara dan timur Atlantik.
Dalam pada itu, taufan yang membawa angin kencang kategori satu pula akan bergerak ke arah Ireland.
Menurut Pusat Bencana Kebangsaan Amerika Syarikat, angin kencang itu juga dapat dirasai di kawasan pantai timur AS dan Kanada serta Bahamas dan beberapa bahagian di barat Eropah.
Amaran ombak besar yang boleh meragut nyawa juga dikeluarkan di AS.