Taufan Lionrock: 9 warga emas ditemui mati di pusat penjagaan Jepun
Agensi
Ogos 31, 2016 15:07 MYT
Ogos 31, 2016 15:07 MYT
Sembilan warga emas ditemui meninggal dunia selepas sebuah pusat penjagaan warga tua di wilayah Iwate ke utara Jepun dilanda banjir buruk susulan Taufan Lionrock yang membadai negara itu.
Turut ditemui satu lagi mayat wanita di sebuah rumah yang dinaiki air di Kuji yang terletak di wilayah sama.
Lionrock membadai utara Jepun pada petang Selasa di kawasan sama bencana tsunami 2011 lalu.
Angin kencang bersama hujan lebat turut mengundang bencana tanah runtuh di Ofunato, 500 kilometer ke timur laut Tokyo.
Lebih 170,000 penduduk dipindahkan termasuk 38,000 penduduk Ofunato manakala sekitar 10,000 kediaman turut putus bekalan elektrik.
Di Minami Furano ramai penduduk terperangkap susulan paras air sungai Soerachi melimpah.