Taufan landa selatan Jepun dengan kelajuan angin maksimum 162kmj

Astro Awani
September 2, 2020 04:59 MYT
Imej satelit NASA menunjukkan Taufan Maysak ketika tiba di pulau paling selatan Jepun, termasuk Okinawa, pada 31 Ogos, 2020. (Foto AP)
TAUFAN Maysak mula membadai selatan Jepun membawa bersama hujan lebat pada Rabu.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) melaporkan, taufan menyebabkan angin kencang berkelajuan 162 kilometer sejam dan hujan lebat.
Pihak berkuasa turut memberi amaran kemungkinan tanah runtuh dan berlakunya air pasang.
Taufan itu turut menjejaskan jadual kereta api di Kagoshima dan mengakibatkan lebih 700 rumah mengalami masalah bekalan elektrik.
Kelajuan Maysak diramal meningkat apabila tiba di semenanjung Korea pada waktu malam dan mendarat di kawasan pesisir selatan di wilayah Gyeongsang Selatan pada awal Khamis.
Maysak mungkin lebih kuat daripada Taufan Bavi yang melanda negara itu minggu lalu dan dijangka melalui laluan sama dengan Taufan Maemi, yang menyebabkan kerosakan harta benda kedua tertinggi pernah dicatatkan di negara ini pada 2003.
#hujan lebat #Jepun #kepulauan selatan Jepun #tanah runtuh #taufan
;