Taufan Khanun semakin menghampiri Jepun, lebih 260 penerbangan dibatalkan

Bernama
Julai 31, 2023 20:40 MYT
Taufan itu dijangka membadai wilayah barat daya Okinawa dan Amami dari Isnin hingga Selasa. - Gambar fail/AccuWeather
TOKYO: Sekurang-kurangnya 264 penerbangan dibatalkan di Jepun berikutan Taufan Khanun yang semakin menghampiri negara itu, lapor Sputnik memetik penyiar NHK pada Isnin.
Taufan itu dijangka membadai wilayah barat daya Okinawa dan Amami dari Isnin hingga Selasa.
Japan Airlines membatalkan 67 penerbangan pada Isnin, manakala All Nippon Airways membatalkan 73 penerbangan pada hari yang sama dan 124 penerbangan lagi pada Selasa.
Pihak berkuasa Jepun memberi amaran kepada penduduk Okinawa dan Amami bahawa Taufan Khanun boleh mencetuskan tanah runtuh dan banjir serta ombak tinggi.
-- BERNAMA
#tanah runtuh #Taufan Khanun #Jepun #Japan Airlines
;