Taufan Khanun: Lebih 500 penerbangan dibatalkan di selatan Jepun

Bernama
Ogos 1, 2023 16:36 MYT
Sekurang-kurangnya 510 penerbangan dibatalkan di selatan Jepun akibat Taufan Khanun membawa angin kencang ke pantai negara itu. -Gambar hiasan
TOKYO: Sekurang-kurangnya 510 penerbangan dibatalkan di selatan Jepun akibat Taufan Khanun membawa angin kencang ke pantai negara itu, lapor Sputnik memetik media Jepun pada Selasa.
Penerbangan yang menghubungkan Lapangan Terbang Naha di pulau Okinawa dan Kagoshima di bahagian selatan Pulau Kyushu dengan bahagian lain di negara itu telah dibatalkan, lapor penyiar NHK.
Selain itu, perkhidmatan feri turut ditangguhkan.
Pada Isnin, lebih 260 penerbangan dibatalkan akibat Taufan Khanun.
Buat masa ini, tahap Taufan Khanun masih diletakkan di bawah kategori "sangat kuat" dan Agensi Meteorologi Jepun meramalkan keadaan itu akan berterusan sehingga petang Selasa.
-- BERNAMA
#Jepun #Taufan Khanun #penerbangan dibatalkan #angin kencang
;