Taufan Jebi: Angka korban cecah lapan nyawa
Astro Awani
September 4, 2018 05:10 MYT
September 4, 2018 05:10 MYT
Amukan taufan Jebi di barat Jepun setakat ini telah meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa.
Ia dilaporkan sebagai taufan terkuat melanda negara itu sejak 1993.
Jebi bergerak ke utara merentasi Pulau Honshu menuju laut Jepun.
Pada Selasa, ia melalui pantai utara Fukui dengan kelajuan 126 kilometer sejam sebelum meningkat kepada 180 kilometer sejam.
Menurut laporan media, bencana itu juga mengakibatkan 700 penerbangan dibatalkan.
Turut terjejas, perkhidmatan kereta api laju dari barat Tokyo ke Hiroshima.
Lebih 1.6 juta isi rumah termasuk di Osaka dan Kyoto terputus bekalan elektrik.
Taman Tema Universal Studios Jepun dan Pejabat Konsulat Amerika Syarikat juga ditutup.
Bencana memaksa Perdana Menteri Shinzo Abe membatalkan lawatannya ke Kyushu bagi memantau kerja gerak balas kerajaan berdepan bencana ini.
#bangunan
#Jebi
#Jepun
#kenderaan
#kereta api
#mangsa
#maut
#musnah
#penerbangan
#ribut
#rosak
#taufan