Taufan Idalia dijangka melanda Florida
Astro Awani
Ogos 29, 2023 08:30 MYT
Ogos 29, 2023 08:30 MYT
WASHINGTON: Taufan Idalia yang membawa angin kencang dijangka melanda Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
Ia merupakan ribut pertama yang melanda Florida dan dijangka menjadi tamparan hebat di kawasan itu yang sebelum ini berdepan dengan kerosakan teruk susulan Taufan Ian.
Pada Isnin, Taufan Idalia berada kira-kira 60 kilometer dari hujung barat Cuba dengan kelajuan angin 110 kilomter per jam.
Taufan Idalia bergerak ke sebelah utara dengan kelajuan 12 kilometer per jam.
Menurut pusat taufan, ia dijangka membelok ke timur laut pada kadar yang lebih pantas, sehingga ke pantai barat Florida sebagai taufan besar yang berbahaya pada Rabu.
Selepas bergerak merentasi Florida, Idalia diramalkan akan melepasi Georgia, Carolina Selatan dan Carolina Utara.