Taufan Ida: Penduduk, kerajaan pusat bersedia berdepan ancaman
Astro Awani
Ogos 30, 2021 09:31 MYT
Ogos 30, 2021 09:31 MYT
PENDUDUK di New Orleans kini bersedia untuk Taufan Ida, taufan paling buruk dijangka sejak 1850.
Dalam masa yang sama, kerajaan pusat turut bersedia dengan pasukan keselamatan dan menggesa penduduk mematuhi arahan yang diberikan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, penduduk percaya, tetambak yang dibina susulan Taufan Katrina pada 2005 mampu menampung paras air yang meningkat.
Mereka juga yakin kediaman mereka akan mampu menampan kesan taufan berkenaan.
Pada 2005, lebih 1,800 orang terkorban akibat Taufan Katrina dengan lebih 1,400 mangsa daripadanya berada di New Orleans, di mana tetambak di bandar itu telah pecah.
Terdahulu, Presiden Joe Biden menyatakan komitmen memberi sokongan penuh kerajaan pusat untuk membantu penduduk dan sebarang operasi mencari dan menyelamat.
Taufan Ida dilapor akan membawa ribut yang mengancam nyawa dan kemusnahan yang besar.
Tegas Biden, penduduk harus bersedia dan mencari perlindungan kerana jumlah hujan yang dijangka tinggi dan bekalan elektrik yang dijangka terputus.
Kerajaan pusat turut bersiap dengan bekalan makanan, minuman dan generator.