Taufan Harvey dijangka badai Texas hari ini, Trump isytihar darurat

Astro Awani
Ogos 26, 2017 04:07 MYT
Taufan Harvey yang sedang menuju ke Texas, Amerika Syarikat dikategorikan sebagai tahap empat dan amat berbahaya. -Reuters
Taufan Harvey yang sedang menuju ke Texas, Amerika Syarikat dikategorikan sebagai tahap empat dan amat berbahaya.
Pusat Taufan Negara memaklumkan taufan berkelajuan 200 kilometer sejam yang membawa hujan lebat, sudahpun berada di persisiran Teluk Texas.
Taufan Harvey dijangka membadai Texas hari ini.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam pada itu sudahpun menandatangani pengisytiharan darurat bencana berhubung taufan yang bakal melanda negara itu.
Taufan Harvey dikatakan lebih dahsyat berbanding Katrina dan Sandy dengan kelajuan angin mencapai 251 km sejam.
Ramai penduduk sekitar Houston sudahpun berpindah dari kawasan yang dijangka terjejas, sementara ribuan lagi sedang dalam perjalanan ke kawasan selamat.
#Donald Trump #taufan #Taufan Harvey #Taufan Katrina #Taufan Sandy