Taufan Haishen membadai Jepun, penduduk Kyushu mula berpindah
Agensi
September 6, 2020 21:04 MYT
September 6, 2020 21:04 MYT
Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan amaran taufan ganas dengan angin kencang dan hujan lebat sedang menuju ke arah selatan negara itu pada Ahad.
Taufan Haishen juga diramal cukup kuat sehingga mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.
Pegawai meteorologi memberi amaran kepada penduduk supaya bersedia berlindung dan menyimpan makanan serta air.
Beberapa sungai di pulau barat daya utama Kyushu berisiko meningkat dan amaran pemindahan dikeluarkan untuk lebih daripada 50,000 orang di Okinawa dan Kyushu, termasuk wilayah Kagoshima dan Nagasaki.
Media tempatan juga melaporkan, penduduk di Kyushu mula berkumpul di gimnasium malah ada yang mengambil keputusan menginap di hotel bagi mengelakkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
#Haishen Typhoon
#Jepun
#Kagoshima
#Kyushu
#meteorologi
#Nagasaki
#Okinawa
#tanah runtuh
#taufan
#Taufan Haishen