Taufan Haishen landa selatan Jepun dengan kelajuan angin 180kmj

Agensi
September 6, 2020 18:37 MYT
Taufan yang membawa angin selaju 180 kilometer sejam itu akan menuju ke utara Jepun.
Taufan Haishen membadai Jepun hari ini, menjadi taufan kedua yang melanda negara itu dalam tempoh seminggu.
Setakat ini ia dilihat telah memusnahkan bumbung rumah-rumah dan memutuskan bekalan elektirik di Okinawa dan Pulau Kyushu di selatan negara itu.
Taufan yang membawa angin selaju 180 kilometer sejam itu akan menuju ke utara Jepun.
Di laluannya, beberapa kawasan yang mudah terdedah kepada banjir lumpur.
Pakar mengibaratkan kekuatan hujan yang bakal menyusul selepas taufan itu seperti menuang baldi air ke atas kepala seseorang.
Amaran taufan telah dikeluarkan beberapa hari lalu, bagi memberi masa kepada penduduk untuk menyediakan tempat perlindungan dan simpanan makanan.
#hujan lebat #Jepun #Kyushu #Okinawa #selatan Jepun #Taufan Haishen
;