Taufan Hagupit dijangka membadai Filipina petang Sabtu

AFP
Disember 6, 2014 14:54 MYT
Meskipun Hagupit tidak sekuat Haiyan, namun ia membawa bersama ribut dan hujan lebat, sekali gus mengakibatkan risiko tanah runtuh. -Gambar fail
Kira-kira 600,000 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan ekoran ribut kuat yang dijangka akan membadai kepulauan Filipina.
Taufan Hagupit dijangka akan membadai darat Filipina pada petang Sabtu, di kawasan yang masih lagi belum pulih daripada Taufan Haiyan tahun lepas, yang mengorbankan beribu-ribu nyawa.
Pusat biro kaji cuaca Filipina memaklumkan, Taufan Hagupit kini berada di Lautan Pasifik dengan angin kencang selaju 220 kilometer sejam, yang paling kuat untuk membadai Filipina tahun ini.
Taufan itu dijangka membadai Samar Timur di bahagian tengah negara itu, dan mungkin ke pusat bandar Manila.
Meskipun Hagupit tidak sekuat Haiyan, namun ia membawa bersama ribut dan hujan lebat, sekali gus mengakibatkan risiko tanah runtuh.
Pihak berkuasa di Bicol pula mensasarkan untuk memindahkan seramai 2.5 juta orang pada malam Sabtu.
Di Tacloban, kawasan yang paling teruk dibadai Haiyan tahun lepas, ramai penduduk mendapatkan perlindungan di stadium.
Pada bulan Julai, bandar Manila dan pulau Luzon telah dibadai oleh Taufan Rammasun, yang mengorbankan 100 nyawa.
Sebanyak 20 ribut kuat membadai Filipina dalam masa setahun, selain gempa bumi dan letusan gunung berapi.
#Filipina #hujan lebat #lautan Pasifik #ribut #taufan
;