Taufan Goni badai Filipina, ribuan penduduk mula berpindah
Astro Awani
Oktober 31, 2020 06:43 MYT
Oktober 31, 2020 06:43 MYT
MANILA: Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan selepas Taufan Goni mula membadai Filipina pada Sabtu.
Taufan yang turut dikenali sebagai Rolli itu diramal akan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Luzon.
Pusat Pengurusan Atmosfera, Geofizik, dan Astronomi Filipina (PAGASA) dalam pada itu menyifatkan bencana itu sebagai taufan yang terkuat tahun ini.
Taufan itu dilaporkan membawa angin kuat berkelajuan 215 kilometer sejam.
PAGASA turut meramalkan taufan akan menyebabkan tanah runtuh di Catanduanes pada Ahad.
Kejadian runtuhan tanah juga diramal berlaku di daerah Camarines dan Quezon pada petang.