Taufan Faxai: 3 maut, ribuan terkandas di lapangan terbang

Afiq Ariffin
September 10, 2019 00:44 MYT
Menurut portal berita Japan Today, taufan itu turut menyebabkan lebih 14,000 orang terkandas dan terpaksa menghabiskan waktu lebih lama di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. -Foto Twitter @jeff_in_van
Sekurang-kurangnya tiga maut dan 50 lagi cedera selepas Taufan Faxai melanda bandar raya Jepun.
Menurut portal berita Japan Today, taufan turut menyebabkan lebih 14,000 terkandas dan terpaksa menghabiskan waktu lebih lama di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, di sini.
Kesemua pengangkutan awam, termasuk laluan kereta api, dijangka akan mula beroperasi pada awal pagi Selasa bagi mengurangkan kesesakan di pintu masuk antarabangsa utama ke Tokyo itu.
Menurut petugas lapangan terbang, jumlah pelancong terkandas meningkat sekitar 16,900 pada tengah malam tadi.

# pic.twitter.com/gCNPd0FLGE

— (@m_tsuki_chan) September 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekalan air, makanan ringan dan beg tidur turut diedarkan kepada pelancong yang terkandas selain kira-kira 240 pengecas telefon bimbit di lapangan terbang itu.
Menurut seorang penumpang yang tiba di Narita pada 4 petang hari Isnin, dia mendakwa terpaksa bermalam di lapangan terbang itu dengan duduk di lantai lobi dan tidak dapat tidur.
Selepas penerbangannya ke Taiwan dibatalkan, kakitangan lapangan terbang tidak memberikannya apa-apa maklumat.

2019.09.09 2# # #15 # pic.twitter.com/p2Ea7xSObH

— / (@chronocross02) September 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, 640,000 rumah dikatakan terputus bekalan kuasa pada 5 pagi Selasa dan syarikat pengurusan tenaga Tokyo Electric Power Co. Holdings kini sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan.
Namun, kata syarikat itu, bekalan dijangka kembali pulih selewat-lewatnya Khamis.
Narita terputus bekalan kuasa utama pada Isnin selepas taufan melanda negara itu sehingga memaksa syarikat kereta api menghentikan perkhidmatan tren keluar masuk lapangan terbang.
Malah, kebanyakan perkhidmatan bas juga digantung daripada menjalankan operasi.

pic.twitter.com/YLioYYVuRx

— (@toda_rei) September 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga kini, Taufan Faxai telah mengganggu perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh Tokyo selain turut memusnahkan 140 buah rumah.
#cedera #faxai #Japan #Jepun #maut #pelancong #rumah #taufan #Tokyo