Taufan Eta membadai Nicaragua, tiga dilaporkan maut setakat ini
Khairunnisa Kasnoon
November 4, 2020 22:04 MYT
November 4, 2020 22:04 MYT
SEKURANG_KURANGNYA tiga maut selepas Tuafan Eta membadai timur laut Nicaragua pada Selasa malam.
Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat memaklumkan, Eta yang membawa bersama hujan dan angin kencang dengan kelajuan 110 kilometer hingga 150 kilometer sejam menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
Menurut pihak berkusa mangsa maut merupakan seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun yang terperangkap dalam banjir lumpur di San Pedro Sula dan dua pelombong yang terkorban di Bonanza, Nicaragua.
Dalam pada itu, kira-kira 10,000 penduduk ditempatkan di pusat perlindungan sementara di Bilwi.
Pusat perlindungan turut dibuka di beberapa lokasi di bandar kecil di kawasan terjejas.
Pakar kaji cuaca turut meramalkan, selain kawasan tengah dan uatar Nicaragua, sebahagian besar Honduras, timur Guatemala, Belizw selatan dan Jamaica turut dilanda hujan lebat susulan Taufan Eta.