Taufan Eta: Angka korban kini mencecah 57 orang

Khairunnisa Kasnoon
November 6, 2020 23:55 MYT
Penduduk di Pimienta, Honduras melihat banjir yang melimpah di kawasan perumahan mereka. Reuters
HUJAN lebat yang dibawa Taufan Eta mengakibatkan banjir dari Panama hingga Guatemala pada Khamis dengan angka korban di seluruh Amerika Tengah kini mencecah 57 orang.
Organisasi bantuan kecemasan memberi amaran banjir dan tanah runtuh akan mengakibatkan bencana kemanusiaan di seluruh wilayah di negara itu.
Pada Khamis, pihak berkuasa memaklumkan, tanah runtuh berlaku di bandar San Cristobal Verapaz, Guatemala, menimbus kawasan perumahan mengakibatkan sekurang-kurangnya 25 orang maut, sementara 17 yang lain terkorban dalam banjir lumpur di negara itu.
Di Honduras, ratusan penduduk di kawasan kejiranan San Pedro Sula terpaksa meninggalkan kediaman mereka selepas air sungai Chamelecon melimpah mengakibatkan banjir.
#banjir #maut #tanah runtuh #Taufan Eta #Honduras #Guatemala #Nicaragua
;